Kempen Internet Selamat (KIS)
12 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2026, pihak MCMC dan NADI telah melaksanakan program bersama komuniti di Taman Sri Wang. MCMC telah membuka booth pameran Kempen Internet Selamat (KIS) yang memberi pendedahan kepada kanak-kanak dan ibu bapa mengenai aspek keselamatan serta ancaman di internet. Aktiviti permainan interaktif turut dijalankan bagi mengukuhkan pemahaman peserta tentang amalan penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab.
Pada masa yang sama, pihak NADI membuka booth NADI Kesejahteraan Kendiri dengan menyediakan saringan asas kesihatan secara percuma kepada komuniti setempat. Turut diadakan aktiviti mewarna bagi kanak-kanak dan remaja berumur bawah 18 tahun sebagai aktiviti sampingan bagi memeriahkan program.
Program ini berjaya menggabungkan elemen kesedaran keselamatan digital, kesejahteraan kesihatan dan aktiviti kekeluargaan, di samping memperkenalkan perkhidmatan NADI dengan lebih dekat kepada komuniti Taman Sri Wang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: